Apa yang isteri suka ketika bersama?

Kalau seorang suami di tanya tentang hubungan seks dengan isteri,apa persoalan yang bermain difikiran para suami? pasti ramai suami akan yang akan bertanya soalan ini.

  • "Apakah yang sebenarnya cara hubungan seks yang isteri suka ketika di bilik tidur?"
  • "Apakah teknik hubungan seks yang isteri anda harapkan?"
  • "Adakah semua wanita suka dipeluk selepas selesai melakukan hubungan seks?"
  • "Adakah isteri anda menyukai kepada aktiviti foreplay yang berlebihan?"
  • "Apakah yang suami patut buat untuk memudahkan lagi isteri anda puas ketika melakukan hubungan suami isteri?"

Cuba bayangkan , anda membawa isteri anda ke sebuah kedai makan,dan anda bertanya kepadanya,"sayang nak makan apa?"Lalu dia akan memilih makanan yang dirasakan kena dengan seleranya pada masa itu.

Cuba anda datang semula ke kedai yang sama pada masa lain dan anda bertanya kepada isteri "sayang nak makan apa?"selalunya dia akan memesan makanan yang lain pula,berbeza dengan sebelumnya kerana mungkin seleranya berbeza pada masa itu.

Perkara yang sama juga berlaku kepada isteri anda bila di bilik tidur.Selera wanita juga berubah-ubah terhadap aktiviti seks.

Wanita hakikatnya sangat unik didalam menikmati kenikmatan hubungan seks suami isteri.Walaupun anda menggunakan cara yang sama setiap kali,dan cara itu dapat memuaskan isteri anda,tetapi pengalaman berbeza dan baru dalam menikmati hubungan seksual adalah sangat diidam-idamkan oleh wanita.

Apakah perkara yang berbeza yang digemari oleh wanita ketika dan selepas hubungan seks?sesetengah wanita suka..

  • Hubungan seks yang panjang dan banyak foreplay
  • Hubungan seks yang cepat dan puas
  • Sesetengahnya perlukan pelukan selepas selesai hubungan seks
  • Ada sesetengah wanita suka berbual-bual selepas hubungan seks

Suami perlu tahu bahawa latar belakang isteri anda kadang kadang tidak menggambarkan kehendak peribadinya apabila berdepan dengan hubungan seks suami isteri.Oleh itu suami perlu pandai dan kreatif untuk mengenal pasti apakah kesukaan isteri.

Bagi kebanyakan wanita mereka memerlukan keselesaan serta rasa hormat ketika sebelum hubungan seks,barulah mereka akan secara seronok membenarkan seluruh tubuh mereka di terokai.Dengan cara dihormati,mereka akan meluahkan apa yang mereka mahu ketika hubungan seks.

Seks bagi wanita dipengaruhi oleh lartar belakang didikan,pengaruh masyarakat serta pengaruh sosial.Ini memainkan peranan penting bagi menentukan pandangan mereka terhadap seks, seperti:

1.Seks hanyalah kewajipan seorang isteri terhadap suami semata-mata.

Anggapan ini adalah tidak tepat kerana hubungan seksual antara suami isteri bukanlah sekadar memenuhi kepuasan suami sahaja.Walaupun melayan suami adalah kewajipan seorang isteri,ia bukanlah penghalang kepada isteri untuk mendapat kenikmatan serta berasa keseronokan melakukan hubungan seks.

2.Seks adalah sumber inspirasi dan sumber semangat bagi mengeratkan hubungan suami isteri

Bagi sesetengah wanita, hubungan seks adalah satu cara merapatkan hubungan dengan pasangan dan cara meluahkan perasaan secara yang mendalam.Merasakan satu hubungan yang unik dengan pasangan.

INGAT!

Wanita adalah sangat unik dan sikap wanita terhadap seks adalah berbeza-beza mengikut personaliti mereka.Hubungan seks suami isteri memerlukan satu komunikasi yang terbuka antara pasangan bagi menyampaikan apa yang diingini oleh pasangan dan melakukan sesuatu yang baru untuk pengalaman yang baru.

Hubungan seks suami isteri adalah suatu perkara yang perlu dijelajahi dan diteroka oleh suami untuk memastikan isteri anda mendapat pengalaman yang berbeza setiap kali melakukan hubungan.Oleh itu suami perlu kreatif didalam perkara ini.

 

Love & Relationships - Recommended Websites

Here are some related websites where you can find more great information.

  • Tips Rumahtangga Bahagia Ketahui Bagaimana Menjadi Pasangan Suami Isteri Yang Hidup Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat
  • Strategi Kahwin dan Kaya Panduan persediaan perkahwinan tips jimat belanja perkahwinan dan pengurusan kewangan rumahtangga
  • Rahsia Menambat Nafsu Suami Anda tidak perlu menjadi cantik semata-mata untuk disayangi kerana kepakaran anda di ranjang akan menjadikan anda sentiasa cantik dan hebat...
  • Doa Pengasih - Atasi Masalah Percintaan Anda! Panduan Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Rumah Tangga Atau Percintaan Anda Cuba Dahulu Sebelum Berserah

Keyword Here - Comments

Subscribe to Our Website

Enter your name and email address in the form below to subscribe to our website